Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi menjadi pemegang saham utama AirAsia Group Bhd.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan penerbangan itu berkata KWSP menjual 18.56 juta saham pada 6 Februari lalu, menjadikan kepentingannya kini kurang daripada lima peratus.
Kepentingan KWSP dalam AirAsia sudah pun turun kepada 5.33 peratus sebelum penjualan terkini itu, selepas pegangan sahamnya dijual sejak pertengahan Disember lalu.
Penjualan saham AirAsia berkemungkinan dicetuskan oleh penularan COVID-19 (coronavirus) pada Disember yang dilihat oleh penganalisis penerbangan sebagai menjejaskan perjalanan udara.
发表回复