Overseas Chinese History Museum

Kajian semula pentadbiran tentukan margin lambakan dagangan dari Vietnam

Kerajaan memuktamadkan kajian semula pentadbiran bagi menentukan margin lambakan telah berubah bagi import dagangan subjek yang berasal atau dieksport dari Vietnam.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi kenyataan memaklumkan, duti anti lambakan yang dikenakan ke atas import dagangan subjek yang berasal atau dieksport dari Vietnam telah dikaji semula.

Kutipan duti anti-lambakan ini akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mulai 24 Januari 2021 hingga 23 Mei 2021.

“Pihak yang berkepentingan seperti pengeluar dan pengimport tempatan, pengeluar/pengeksport asing serta persatuan-persatuan berkaitan dengan penyiasatan ini boleh mendapatkan salinan laporan Penentuan Muktamad versi tidak sulit dengan membuat permohonan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia telah memulakan kajian semula pentadbiran berkenaan duti anti-lambakan yang telah dikenakan ke atas pengimportan keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk (dagangan subjek) yang berasal atau dieksport dari Viet Nam berdasarkan petisyen oleh Mycron CRC Steel Sdn. Bhd. yang mewakili industri domestik yang mengeluarkan keluaran serupa.

Pempetisyen mendakwa bahawa margin lambakan telah berubah secara substantif bagi import dagangan subjek yang berasal atau dieksport dari Vietnam sejak pengenaan duti anti-lambakan ke atas pengimportan keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk pada 8 Mei 2019.


评论

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注