Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Dr Noor Zari Hamat, berkata antaranya ialah jangkaan pasaran pelancongan dari negara yang berdekatan sempadan negara untuk dibawa masuk ke negara ini.
“Ada empat negara jiran yang bersempadan dengan Malaysia seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei. Ini disebabkan 68.5 peratus pelancong yang datang ke sini datang dari negara sekitar benua Asia.
“Strategi ini juga dibincangkan dalam forum pelancongan yang diadakan di Brunei pada awal Januari lalu, sebelum wabak coronavirus merebak,” katanya.
Beliau ditemui dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Tinjauan terbabit dilakukan dengan kerjasama Sabah Tourism Board, Jabatan Immigresen, Malaysia Airport Holding Berhad, Kementerian Kesihatan, Malaysia Association of Tour and Travel Agents ( MATTA ) Sabah dan syarikat penerbangan tempatan.
Turut hadir, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof.
Sementara itu, Musa berkata, pihaknya turut mempunyai perancangan untuk meneroka pasaran pelancongan baru dari benua lain.
“Kami juga akan meneroka pasaran pelancongan baru, terutamanya dari kawasan Timur Tengah, Asia Tengah, Eropah dan Eropah Timur. Kita melihat adanya potensi besar pasaran dari negara kawasan terbabit.
发表回复